Penyelesaian blockchain dan pembangun platform kewangan desentralisasi (DeFi), Pundi X (PUNDIX) mengumumkan integrasi bersama pengagregat harga aset semasa, Chainlink Price Feed.
Pada masa yang sama, produk flagship Pundi X, XPOS tampil dengan pengaksesasan bagi pengguna yang mahu melakukan transaksi matawang kripto menggunakan kad fizikal, XPASS yang dimiliki.
Manakala wallet mudah alih syarikat, XWallet telah menyokong 2FA dan pengunci sekuriti biometrik, memberi jaminan kepada perlindungan simpanan kripto mereka.
Sejak pemilik PUNDIX dan Function X (FX) menerima ganjaran staking kerana pembabitan dalam penyeliaan blockchain, sangat penting untuk platform mendapatkan rujukan harga on-chain secara tepat dan telus untuk mengira nilai mereka.
Pengasas bersama Pundi X, Zac Cheah percaya penambahbaikan kapabiliti protokol mereka adalah atas usaha Chainlink Network yang menghubungkan sistem mereka dengan rujukan data harga.
“Pengguna kini dapat membuat transaksi di platform ini dan pada masa yang sama menerima ganjaran nilai kerana penglibatan mereka.”
Ketika penulisan, PUNDIX mencatatkan nilai $2.20, meningkat hampir 2% dalam 24 jam.