Matawang Euro terus menampilkan prestasi yang kurang memberangsangkan apabila susut ke paras terendah tujuh minggu berbanding US dolar pada hari Selasa kerana kebimbangan terhadap lanjutan langkah ‘lockdown’ di Zon Eropah yang terus mengimbangi matawang Euro dan keyakinan pasaran terhadap pakej rangsangan Amerika Syarikat (A.S).
Jabatan Perangkaan Kesatuan Eropah (EU), Eurostat melaporkan anggaran awal bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK/GDP) jatuh sebanyak 0.7% dari suku ke suku dan 5.1% setahun. Bacaan ini walaubagaimanapun kurang dari jangkaan pakar ekonomi yang mensasarkan 1.0% pada suku keempat 2020 dan penguncupan tahun sebanyak 5.4%.
Menurut pakar ekonomi di Commerzbank, Christoph Weil ekonomi zon Eropah dijangka akan mencatat penguncupan namun kejatuhan tersebut tidaklah seperti yang terjadi pada separuh pertama tahun 2020. Sebaliknya, pemulihan yang ketara kemungkinan akan berlaku bermula akhir suku pertama.
Selain itu, faktor yang mengimbangi matawang Euro ialah jualan runcit di Jerman menunjukkan kejatuhan lebih dari apa yang disasarkan. Kejatuhan jualan runcit Jerman secara besar-besaran mengambarkan bahawa sekor perkhidmatan terkesan akibat langkah ‘lockdown’.
Matawang Euro menyusut sebanyak 0.09% berbaning US dolar pada paras tukaran 1.2049. Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mencatat pengukuhan sebanyak 0.05% kepada paras tukaran 91.070 setakat jam 10.05 p.m.
Pengukuhan US dolar didorong oleh optimis pasaran terhadap pakej rangsangan Covid-19 yang bernilai $1.9 trilion. Disisi lain, matawang AUD terus mengukuh susulan bank pusat Australia menyatakan bahawa mereka akan meningkatkan pembelian bon tambahan sebanyak $100 bilion.