Terpalit dengan kontroversi yang luar biasa mengaitkan pasaran saham dan kripto, Robinhood pada hari ini mengumumkan akan melaksanakan pengaksesan deposit dan pengeluaran matawang kripto.
Setakat ini, pengguna berupaya untuk membeli dan menjual matawang kripto namun tidak dapat memindahkan pegangan mereka ke wallet lain.
Pengumuman yang dilakukan menerusi laman media sosial Twitter, menjelaskan usaha Robinhood terhadap integrasi pemindahan matawang kripto telah dimulakan walaupun tidak pasti bila akan dirasmikan.
So much interest in Crypto! To be crystal clear 🔍, we fully intend to provide the ability to deposit and withdraw cryptocurrencies, including DOGE. Robinhood Crypto does NOT currently invest in cryptocurrency or use any customer cryptocurrency for our own benefit.
— Robinhood (@RobinhoodApp) February 17, 2021
Robinhood turut memberitahu deposit kripto akan disimpan di dalam wallet pengguna sendiri dan menekankan bahawa pihak mereka sama sekali tidak melakukan sebarang pelaburan di dalam kripto serta tidak akan menggunakan dana pengguna demi keuntungan mereka.
Terdapat tujuh matawang kripto yang tersenarai di Robinhood: Bitcoin, Dogecoin, Ethereum, Litecoin, Ethereum Classic, Bitcoin Cash dan Bitcoin SV. Namun, ketujuh-tujuhnya aset itu masih belum ada sokongan pemindahan.
Pada 29 Januari, Robinhood telah menyekat deposit segera fiat sebagai tindak balas terhadap spekulasi media sosial, mendakwa tindakan mereka adalah atas dasar ‘keadaan pasaran yang luar biasa’ hingga mengundang kritikan dari kalangan pengguna dan barisan pengawal selia.
Manakala 4 Februari, Robinhood akhirnya mengembalikan deposit segera bagi pembelian kripto setelah menyekat perdagangan kripto pada hari yang sama deposit segera fiat disekat.