Ketika krisis pandemik coronavirus telah mencetuskan kebimbangan terhadap deflasi kepada pelabur, Bank of Japan (BOJ) kini berdepan dengan rombakan dalam dewan yang boleh mengimbangi keseimbangan yang berpihak kepada pelonggaran lebih agresif dan menguji had alat dasar yang telah diperluaskan.
Pada hari Rabu, parlimen telah meluluskan calon gabenor, Asahi Noguchi yang juga dikenali sebagai penyokong tegar dalam mencetak wang lebih banyak, untuk bergabung dengan lapan lagi pembuat dasar BOJ pada bulan April.
Beliau akan menggantikan Makoto Sakurai, di mana penggal lima tahunnya akan berakhir pada bulan Mac. Sakurai sebelum ini telah memberi amaran mengenai peningkatan kos akibat pelonggaran berterusan.
Buat masa ini, bank pusat tidak mempunyai rancangan segera untuk keluar dari dasar monetari yang sangat longgar kerana kesan ekonomi dari pandemik coronavirus telah mendorong inflasi jauh di bawah sasaran 2%.
Namun begitu, dengan kehadiran penggubal dasar yang lebih dovish mungkin akan menyukarkan strategi BOJ bagi memperlahankan pembelian aset secara beransur-ansur dan menjadikan dasarnya cukup untuk bertahan dalam usaha memacu pertumbuhan.