Pasaran telah mendapat sokongan daripada prospek rangsangan AS yang kuat dan berita mengenai vaksin yang optimis, sekali gus mengangkat keyakinan terhadap pemulihan ekonomi AS lebih cepat.
Namun begitu, dolar greenback terus bertahan berbanding pesaing utamanya berikutan hasil bon AS yang lebih tinggi telah membantu mengimbangi permintaannya sebagai safe-haven berkurang.
Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama didagangkan menguat di sekitar paras ketinggian 2 bulan pada 91.09.
Keyakinan pasaran terhadap pemulihan ekonomi diterjemahkan pada peningkatan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang menguat pada 1.108% dan ini menyokong pengukuhan dolar greenback lebih jauh.
Jangkaan optimis pasaran telah disokong oleh usaha di Washington ke arah melaksanakan pakej rangsangan lebih besar dan program vaksinasi yang berjalan lancar sejak pentadbiran Presiden Joe Biden mengambil alih.
Situasi ini bertentangan dengan Eropah yang dijangka akan mencatatkan penurunan dalam pertumbuhan suku pertama tahun ini disebabkan sekatan coronavirus yang masih dilaksanakan dan kelewatan dalam pelancaran vaksin.
Kebimbangan terhadap kemelesetan dua kali ganda di Zon Eropah telah membebankan dagangan matawang euro.