Pengerusi Bank Pusat Rusia (CBR), Elvira Nabiullina baru-baru ini tampil memberi pencerahan yang ditimbulkan dalam komuniti kripto. Beliau telah mengesahkan dalam sidang akhbar bahawa negara itu tidak bercadang untuk mengikuti jejak langkah Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) untuk penyenaraian Bitcoin ETF.
Kenyataan gabenor tersebut membawa indikasi bahawa Bank Pusat Rusia tidak gemar terhadap kripto. Pada awal tahun ini, CBR telah menerbitkan satu kenyataan yang mengesyorkan bursa saham Rusia agar tidak membenarkan perdagangan sekuriti domestik atau asing bersama-sama dengan pembayaran dividen yang berkaitan dengan kritpo.
CBR menekankan faktor risiko, dengan menyatakan bahawa dengan potensi keuntungan yang tinggi, risiko kehilangan sejumlah besar wang akan semakin meningkat dalam kalangan pelabur runcit yang kurang pengalaman dalam industri.
Bank pusat tersebut menyenaraikan harga aset kripto, perubahan dalam kripto dan indeks aset kripto serta kos derivatif kripto dan sekuriti dana aset kripto sebagai produk kewangan yang tidak diperlukan. Langkah yang diambil bank pusat Rusia ini adalah sebagai langkah pencegahan khususnya untuk para pelabur runcit dan pemula.
Baru-baru ini Bitcoin ETF pertama AS yang telah lama ditunggu-tunggu dalam kalangan komuniti kripto telah pun dilancarkan dan menunjukkan prestasi diluar jangkaan. Berikutan jejak kejayaan Bitcoin ETF yang pertama, ETF kedua yang disokong oleh Bitcoin juga telah dilancarkan dan para pakar percaya bahawa penggunaan besar-besaran Bitcoin ETF yang terkawal boleh menjadi ‘game changer’ dalam industri.
Walaupun pengawal selia AS juga antara yang kuat menentang kripto seperti yang dizahirkan Rusia namun mereka akhirnya akur dengan SEC A.S membenarkan BTC ETF.