“Aiyaa, lagi-lagi turun. Wa punya hati banyak susah” – penulis INTRADAY.my yang budiman.
Saham China Evergrande Group jatuh sebanyak 4.8% pada pagi Isnin selepas pengerusinya mengurangkan pegangan sahamnya bagi menampung kekurangan tunai untuk mengumpul kira-kira $344 juta.
Unit kereta eletrik kumpulan tersebut, China Evergrande New Energy Vehicle Group Ltd, turut menjunam jatuh sebanyak 5% selepas firma tersebut masih meneroka cara untuk mengumpul modal ke dalam unit itu dengan pelabur berbeza.
Evergrande masih dalam usahanya untuk mendapatkan modal ketika ia masih bergelut dengan lebih daripada $300 bilion dan kerajaan China telah memberitahu pengerusinya, Hui Ka Yan, untuk menggunakan kekayaan peribadinya bagi membantu membayar hutang yang tertunggak.
Mengikuti rekod, Evergrande telah gagal membayar kupon berjumlah $82.5 juta pada 6 November dan para pelabur tertumpu untuk melihat sama ada ia boleh memenuhi obligasinya sebelum tempoh tangguh 30 hari yang tamat pada 6 Disember.
Menurut sumber, Hui telah menjual sebanyak 1.2 bilion saham syarikat pegangannya yang dianggarkan bernilai HK$2.23 setiap satu pada Jumaat yang telah menyaksikan pegangannya menurun dari 67.9% kepada 77%.
Masalah Evergrande telah melanda sektor hartanah China dengan rentetan kemungkiran hutang dan penurunan penarafan kredit rakan setaranya dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Dalam pada itu, Fantasia Holdings menggantung dagangan saham syarikatnya pada Isnin sementara menunggu maklumat dikeluarkan. Pada Khamis, pemaju berkata petisyen pembubaran telah difailkan terhadapa unit berkaitan dengan pinjaman tertunggak.