Jutawan dan pengasas Tesla, Elon Musk menyifatkan lonjakan Bitcoin (BTC) sudah ‘hampir’ memasuki pasaran kewangan tradisional, menyifatkan raja matawang kripto itu sebagai satu perkara yang baik.
Dalam temubual pada hari ini di laman aplikasi media sosial, Clubhouse, Musk turut akui dirinya sebagai pendukung aset Satoshi Nakamoto, “Saya penyokong bitcoin walaupun terlambat menyertai komuniti ini.”
Kenyataan itu mengingatkan kepada kicauan Twitter yang dimuatnaik oleh penulis Bitcoin Billionaires, Ben Mezrich pada bulan lepas, “I’m never turning down getting paid in bitcoin again.” dan jutawan itu membalas, “Me neither.” menunjukkan Musk tidak teragak-agak untuk dibayar dalam matawang kripto.
Rupanya Musk juga menyedari setiap patah kata dan tweet darinya menyebabkan perubahan dalam pasaran dan mahu lebih berhati-hati selepas ini.
Pada bulan lepas, Dogecoin (DOGE) melonjak 20% dalam 24 jam selepas Musk memuatnaik tweet: “One word: Doge”. Sedangkan figura itu, akui apa-apa yang melibatkan DOGE darinya hanya sekadar gurauan.
Hal yang sama berlaku pada minggu lepas apabila BTC secara tiba-tiba melonjak kepada lebih $37,000 selepas jutawan itu menukar bio Twitter-nya dengan ‘#Bitcoin’. Namun, lonjakan itu tidak kekal lama apabila Bitcoin kembali susut.
Ketika penulisan, DOGE didagangkan pada $0.034 dan BTC mencatat harga $33,817 dengan masing-masing mencatatkan lonjakan lonjakan 37.8% dan 0.74% dalam 24 jam.