SBI Holdings dalam kenyataan terbaru memberitahu ganjaran untuk para pemegang sahamnya akan diberi dalam XRP yang mana akan berakhir pada 31 Mac ini.
Ganjaran dalam XRP yang lebih dikenali sebagai ganjaran ‘Thank You’ telah diperkenalkan pada tahun pertama iaitu Ogos 2019. Pada ketika itu, pemegang saham telah menerima 30 XRP bagi setiap pemilikan 100 atau lebih saham sebelum berakhir pada 31 Mac.
Manakala bagi tahun ini, dijangka pemegang saham akan menerima 2500 YEN atau $22.92 (sekitar RM94.25) sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diterima.
SBI Holdings merupakan salah satu firma terbesar yang masih kekal sebagai rakan kongsi Ripple.
Secara langsung, sokongan daripada SBI Holdings menanam lagi keyakinan para pelabur untuk terus melabur ketika firma kripto itu berhadapan krisis dengan Securities and Exchanges Commission (SEC).
Sebagai rekod, kedua-dua firma ini telah bersetuju sebagai rakan kongsi bermula pada 2016 ketika mereka membentuk gabungan ‘SBI Ripple Asia’ untuk menubuhkan ‘Internet of Value’ di Jepun dan seluruh wilayah Asia.
Ketika penulisan, XRP telah didagangkan pada $0.43, susut 4.24% dealam 24 jam.