Dilaporkan kadar kes jangkitan dan kematian di UK semakin menurun dan menurut Setiausaha Kesihatan UK Matt Hancock, terdapat tanda-tanda awal langkah terbaru membendung Covid-19 menunjukkan keberkesanannya.
Namun, sekatan pergerakan di UK tidak akan dilonggarkan lagi dalam masa terdekat malah berkemungkinan sekatan akan diperketatkan untuk keluar masuk ke UK.
Mata wang Pound Sterling juga turut paparkan momentum yang pudar selepas kenaikan pada carta harga pasangan GBP/USD mencapai paras tertinggi terbaru sejak April 2018 pada penghujung minggu lalu.
Pengukuhan US dolar pada awal minggu dalam masa yang sama turut menghalang kenaikan harga pada carta GBP/USD dengan menekan harga di bawah paras 1.37000 semula.
Bersambung pada dagangan Selasa, harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberi isyarat untuk penurunan lebih rendah.
Harga yang meneruskan penurunan akan menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.36000 yang dilihat akan menyokong kenaikan harga semula.
Jika harga terus jatuh lebih rendah, zon RBS 1.35300 dan juga paras 1.35000 akan menjadi tumpuan harga seterusnya.
Sekiranya harga membuat kenaikan semula dan melepasi halangan dinamik MA50 serta menembusi paras 1.37000, pelabur akan melihat harga akan menyambung trend kenaikan sebelum ini.
Paras ketinggian 1.37400 yang dicapai minggu lalu berkemungkinan akan diatasi untuk harga merekodkan paras tertinggi terbaru.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI