Dolar Kanada sememangnya sensitif terhadap sentimen pasaran minyak mentah global berikutan minyak mentah merupakan eksport utama Kanada.
Sebelum ini, dolar Kanada menerima tekanan prospek permintaan bahan bakar yang suram ekoran kebimbangan kesan sampingan vaksin yang boleh merencatkan pemulihan ekonomi di beberapa negara-negara Eropah.
Namun, faktor yang positif kembali memberi sokongan terhadap dolar Kanada apabila laporan inventori minyak mentah Amerika Syarikat sebagai negara pengguna terbesar, mengalami kemerosotan.
Justeru, jangkaan terhadap peningkatan permintaan semula akan memulihkan sentimen pasaran minyak mentah dalam masa terdekat.
Pada carta harga bagi pasangan mata wang USD/CAD, dolar Kanada dilihat masih didagangkan baik berbanding US dolar yang menerima tekanan daripada beberapa faktor semasa dalam pasaran.
Pelabur juga akan berwaspada terhadap dagangan dolar Kanada pada sesi New York sebentar nanti menjelang terbitan data inflasi Kanada untuk bulan Februari.
Selepas penurunan ketara harga pada carta USD/CAD minggu lalu, pergerakan harga pada minggu ini dilihat lebih mendatar namun cenderung menunjukkan corak penurunan.
Harga kekal mencatatkan paras terendah terbaru dengan paras sekitar 1.24300 telah dicecah harga pada sesi New York semalam.
Dengan pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk isyarat trend bearish, harga dijangka akan menyambung penurunan menuju ke paras 1.24000.
Sebaliknya jika harga melonjak dan melepasi halangan MA50, zon rintangan pada 1.24800 dan 1.25200 akan diuji sebelum pelabur melihat isyarat perubahan trend.
Kenaikan lebih tinggi bakal menuju ke zon SBR (support become resistance) pada 1.26000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI