Nike juga tidak ketinggalan menyertai dunia pemilikan koleksi kripto, non-fungible token (NFT) melalui pemilikan studio RTFKT (sebutannya: artifak).
RTFKT merupakan satu pelopor penjenamaan bersama inovasi yang menggabungkan budaya dan permainan (gaming).
Studio ini boleh dikatakan salah satu projek NFT yang banyak dibualkan sepanjang Disember.
Manakan tidak, RTFKT berjaya menjalin kerjasama dengan artis Takashi Murakami dalam promosi CloneX dan berjaya menyaksikan hampir $65 juta transaksi dalam rekod CryptoSlam.
Tidak cukup dengan itu, RTFKT berjaya menjual 600 pasang/NFT dalam masa 6 minit sahaja, hasil kolaborasi bersama artis remaja yang dikenali sebagai FEWOCiOUS.
Nilai pemilikan RTFKT tersebut tidak didedahkan tetapi jenama gergasi ini yakin langkah yang diambil akan merancakkan transformasi digital Nike; menawarkan perkhidmatan kepada atlet dan pencipta menfokuskan kepada kesukanan, kreativiti, dan budaya.
RTFKT diasaskan pada 2020 oleh Benoit Pagotto, Chris Le, dan Steven Vasilev. Kini studio ini merupakan perintis jenama dan inovatif yang menakrifkan semula sempadan antara nilai fizikal dan digital.
Peluang kerjasama ini juga secara tidak langsung mengambil peluang dengan memanfaatkan pengukuhan asas kehadiran Nike dalam pasaran dalam usaha untuk mengembangkan lagi komunitinya.
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.