Shiba Inu (SHIB) tembus ke pasaran Korea Selatan susulan penyenaraiannya di bursa kripto, Korbit.
Sebagai rekod, Korbit merupakan platform pertukaran kripto pertama di negara itu yang menyenaraikan kripto meme.
Penggunanya boleh mula berdagang SHIB/KRW bermula pada hari ini.
Patutlah SHIB mencatatkan lonjakan hampir 6% pada hari ini dan sedang didagangkan pada $0.000040. Aset ini juga telah menyentuh nilai tertinggi harian pada paras $0.000043.
Selain SHIB, Korbit turut menyenaraikan Injective Protocol (INJ).
Namun, INJ tidak menunjukkan pergerakan harga yang positif. Sebaliknya aset ini didagangkan pada $13.06, susut lebih 3% dalam 24 jam ketika penulisan artikel.
Sementara itu, ada whale yang membuat pembelian besar SHIB berjumlah 850 bilion SHIB bernilai $36,890,600 (RM155,899,675.60).
Berdasarkan maklumat daripada WhaleAlert, pembelian tersebut melibatkan transaksi peribadi atau over-the-counter (OTC).
Akhir sekali, pelabur SHIB diminta untuk berjaga-jaga dengan scam yang sedang tular di dalam komuniti ini.
Dalam twit pada 21 November, @Shibtoken mendedahkan projek penipuan yang melibatkan akaun rasmi Shiba Inu menjadi sasaran penyamaran.
Stay Alert & Safe #ShibArmy!
We've been made aware of a recent scam, traveling social media, and other communication platforms.
Here's a quick video to provide more information on the matter. pic.twitter.com/UOh50WsJSQ
— Shib (@Shibtoken) November 21, 2021
Akaun-akaun scam tersebut telah memuatnaik pelbagai program berkaitan SHIB seperti airdrops, bonus, hadiah, dan giveaways.