Pound Sterling susut lebih rendah berbanding US dolar pada awal minggu ini dengan tekanan pengukuhan yang dipaparkan oleh US dolar dalam pasaran.
Pound juga terkesan dengan faktor krisis pandemik yang kritikal di UK. Ketua Penasihat Kesihatan Britain memberi amaran untuk kesan lebih buruk pandemik untuk beberapa minggu lagi.
Perdana Menteri UK Boris Johnson juga turut memberi amaran UK kini berdepan tempoh yang sukar dengan peningkatan kes jangkitan memberi semakin tekanan terhadap sistem kesihatan di sana. Usaha membendung penularan jangkitan giat dipertingkatkan.
Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD memulakan dagangan awal minggu dengan penurunan harga sebaik sahaja sesi Asia bermula.
Penurunan harian harga dicatatkan sekitar 100 pips ke paras terendah 1.34500 sebelum sedikit kenaikan dilihat pada sesi New York semula.
Harga bergerak mendatar di atas paras 1.35000 sehingga sesi Asia, namun pergerakan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam harga di carta GBP/USD masih memberi isyarat untuk trend bearish.
Sekiranya harga berjaya melonjak tinggi dari halangan tersebut dan juga zon SBR (support become resistance) 1.35300, isyarat awal untuk trend menaik harga akan menjadi pertimbangan pelabur.
Harga bakal menuju semula ke zon rintangan pada 1.36000 jika kenaikan harga berjaya diteruskan semula.
Namun jika harga menyambung penurunan semalam, zon RBS (resistance become support) pada 1.34000 dilihat akan menjadi destinasi tumpuan harga.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI