Nampaknya pergerakan harga pada carta GBP/USD sudah memulakan langkah lonjakan selepas harga telah berupaya mengatasi trendline resistance yang dibuat untuk memberi isyarat awal trend bullish.
Akan tetapi lonjakan harga tersebut dilihat sedikit terbatas pada zon SBR (support become resistance) 1.35000 untuk terus melangkah tinggi meskipun telah diuji beberapa kali pada sesi dagangan Khamis.
Pergerakan harga yang kekal didagangkan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) serba sedikit meningkatkan keyakinan pelabur untuk harga kekal mencatat lonjakan di penghujung minggu.
Matawang Pound terus menerus peroleh rangsangan setelah terbitan data pekerjaan UK yang kukuh dan terkini pula disokong oleh penerbitan kadar inflasi yang sangat memberangsangkan pada Rabu.
Ekoran daripada faktor berkenaan juga secara tidak langsung akan menaikkan selera pasaran yang menantikan bank pusat England (BOE) untuk melaksanakan langkah kenaikan kadar faedah.
Mengukuhkan lagi penguasaan Pound adalah berikutan matawang USD yang tersungkur akibat aktiviti pengambilan untung (profit taking) setelah sering mempamer prestasi cemerlang sepanjang November.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-forex-usd-menjelang-hujung
Pelabur mungkin akan menantikan sasaran harga untuk menembusi zon SBR 1.35000 tersebut dalam jangkaan harga mampu mencapai zon SBR 1.36000 pula untuk melihat isyarat bullish yang lebih jelas.
Trend kenaikan yang ketara berkemungkinan akan sama sekali menyangkal kedukaan yang dialami selama 3 minggu lalu untuk menutup dagangan pada minggu ini dengan mengorak sedikit kegembiraan.
Namun ada juga kebarangkalian untuk pergerakan harga membuat penurunan terlebih dahulu dalam mencecah semula atau ‘rebounce’ di zon sokongan 1.34000 sebelum kembali merekod lonjakan drastik.
Walaupun begitu, penurunan yang lebih rendah bakal menyaksikan harga sekali lagi menuju ke paras terendah sejak Disember 2020 sekitar 1.35530 dan dijangka akan terus tenggelam ke dasar terendah.
Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG