Susulan daripada keputusan pada minggu lepas, Facebook akhirnya telah mengumumkan nama barunya, Meta semalam.
Announcing @Meta — the Facebook company’s new name. Meta is helping to build the metaverse, a place where we’ll play and connect in 3D. Welcome to the next chapter of social connection. pic.twitter.com/ywSJPLsCoD
— Meta (@Meta) October 28, 2021
Meta merupakan nama baru kepada seluruh ekosistem syarikat gergasi media sosial itu, tetapi tidak memberi kesan kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Ini bermakna aplikasi Facebook, WhatsApp, Instagram, dan Oculus masih mengekalkan nama, dimiliki oleh Meta.
Era baharu Facebook (dikenali ‘Meta’) lebih memfokuskan kepada penubuhan metaverse, ruang perkongsian maya yang menggabungkan 3 subset: virtual reality (VR), augmented reality (AR), dan internet.
Sesuailah dengan harapan Facebook untuk menjadi perintis metaverse, Meta dikatakan telah memiliki lebih 10,000 staf yang memfokuskan kepada pembangunan teknologi ini.
Sebahagian daripada rancangan Meta boleh dikatakan hampir dilancarkan. Misalnya, Horizon Home – sebuah visi awal syarikat ini untuk mewujudkan ‘home base’ dalam metaverse.
Melalui Horizon Home, pengguna boleh saling berkomunikasi, bertemu, menonton video, dan bermain game, mengakses aplikasi bersama rakan atau keluarga tanpa gangguan motion sickness.
Selain daripada itu, beberapa produk yang masih diusahakan Meta termasuklah: Horizon Worlds, Horizon Workrooms, Horizon Venues, Quest for Business, dan Gravity Sketch.
Kesemuanya masih dalam pengujian beta dan dijangka dilancarkan sepenuhnya pada 2023.