SelfKey (KEY) juga antara matawang kripto yang dikira sebagai underrated tapi berpotensi tinggi!
Buktinya, sejak daripada bulan lalu harga KEY meroket sebanyak 470%, daripada rekod terendah pada 17 Februari, $0.00495 kepada $0.0283 pada 20 Mac dengan rekod jumlah dagangan meningkat 450% dalam 24 jam.
Menfokuskan kepada projeknya, KEY menitikberatkan dalam membantu individu dan firma untuk mengawal data peribadi. Kehadiran projek terbaru telah menjadikan SelfKey sebagai salah satu frontrunners dalam menyediakan bantuan relevan bagi komuniti kripto.
Pada 18 Februari, SelfKey telah mengumumkan airdrop bagi Februari telah lengkap bagi pengguna yang telah menyelesaikan pengesahan kelayakan platform KeyFi. Pada masa yang sama mereka juga mendedahkan airdrop yang berlaku pada Februari dan Jun melayakkan pemegang KEY untuk mendapatkan token KEYFI bersama lagi tambahan KEY.
Bagaimanapun, selepas penembusan pada harga $0.013 pada 21 Februari, KEY berhadapan dengan consolidation yang berakhir pada 9 Mac susulan daripada sektor kewangan desentralisasi (DeFi) berhadapan dengan penarikan semula harga token dan aktiviti protokol.
Sejak 9 Mac, harga KEY melonjak lebih 280%, didorong oleh projek dalam kalangan komuniti bersama perbincangan berkaitan pengurusan identiti, SelfKey Foundation, SelfKey Identity Wallet dan SelfKey ID.
Dengan projeknya yang mengutamakan kepentingan perlindungan data peribadi, dan sektor DeFi yang sedang berkembangkan, SelfKey mampu meroket ke paras lebih tinggi!