Pembakaran koin bukanlah perkara yang asing dalam industri kripto. Proses ini merupakan antara proses yang diperlukan bagi mengimbangi kitaran token.
Secara ringkasnya, pembakaran koin bermaksud penghapusan sejumlah koin kripto yang ada dengan tujuan memperlahankan kadar inflasi atau mengurangkan jumlah bekalan kitaran koin.
Proses ini kerap dilakukan kebanyakan altcoins dan token kecil bagi mengawal jumlah dalam kitaran, sekaligus memperuntukkan insentif besar kepada pelabur.
Bagaimana ia berlaku?
Pembakaran koin hanya berlaku jika pemilik memasukkan jumlah yang sah dan mencukupi ke ‘eater address‘ yang juga sinonim sebagai ‘black hole‘ memandangkan private keys kepada alamat tersebut tidak dimiliki oleh sesiapa pun.
Jumlah yang negatif (contohnya: -7) atau tidak sah (contohnya: 0) tidak akan diterima. Manakala, jika pemilik tidak memiliki jumlah koin yang mencukupi dan mengemaskini, koin tersebut akan dibakar secara automatik.
Penting untuk mengetahui bahawa pemilik tidak akan mendapat semula koin tersebut setelah ia dibakar.
Contoh terdekat, Ripple akan membakar tokennya secara beransur-ansur dalam setiap transaksi. Sejumlah kecil koin XRP akan dibakar di dalam proses transaksi tersebut.
Manakala, Tether (USDT) akan menghasilkan token apabila mereka memasukkan dana ke dalam simpanan dan membakar mengikut jumlah dana yang dikeluarkan.
Keseluruhannya, pembakaran koin yang diterapkan di dalam industri ini menunjukkan kesungguhan dalam mengimbangi nilai matawang kripto. Inflasi mengundang risiko terhadap koin kerana berupaya menghilang nilainya dan disebabkan itu matawang kripto perlu melalui proses pembakaran koin.