Top glove mencadangkan pembaharuan kepada klaus kuasa beli balik saham syarikat mereka yang akan dijana sepenuhnya oleh retained profit yang berjumlah RM2.49 bilion setakat 31 Ogos 2021.
Memetik kenyataan pengarah urusan Top Glove, Datuk Lee Kim Meow, pembaharuan klaus kuasa beli balik tersebut akan dijana oleh dana pihak dalaman Top Glove sendiri dan pinjaman luar.
Buat masa ini Top Glove masih dalam proses meminta kebenaran dari para pemegang saham mereka mengenai pembaharuan klaus kuasa yang akan membolehkan mereka ‘membeli saham mereka sendiri atau memegangnya sebagai saham perbendaharaan yang mana ia mewakili 10% daripada jumlah saham yang diterbitkan’.
Sambungnya lagi, mereka akan memastikan segala jumlah yang diperolehi hasil janaan pihak dalaman atau/dan pinjaman luar akan digunakan sepenuhnya hanya selepas mendapat persetujuan para pelabur.
Tambahnya lagi, andai Top Glove membeli saham mereka dengan cara pinjaman luar, mereka akan memastikan syarikat tersebut memiliki dana yang cukup bagi membayar semula nilai pinjaman tersebut agar ia tidak akan memberi kesan ke atas aliran tunai syarikat.
Top Glove memaklumkan bahawa jumlah saham Top Glove yang boleh dibeli dan dipegang tidak akan melebihi 820.7 juta berdasarkan jumlah saham terbitan syarikat yang telah ditetapkan tarikh permulaannya pada 27 Oktober 2021.
Dalam pada itu, setakat 12.30 tengah hari Jumaat, saham Top Glove naik 12 sen atau 5.22% kepada RM2.42.
Top Glove didagangkan antara RM2.32 dan RM2.52.