US dolar mengekalkan pengukuhan pada dagangan Rabu semalam selepas kembali mendapat rentak untuk melonjak semula pada hari sebelumnya yang disokong oleh harapan terhadap pemulihan ekonomi di Amerika Syarikat (AS).
Selepas lonjakan pada hasil bon AS, data jualan runcit AS yang diterbitkan pada sesi New York semalam untuk terbitan bagi bulan Januari telah mempamerkan angka bacaan yang tertinggi sejak Jun tahun lalu.
Petunjuk untuk peningkatan pada kadar perbelanjaan pengguna berikutan bantuan ekonomi telah meningkatkan lagi keyakinan pelabur terhadap situasi pemulihan ekonomi.
Dengan itu, dapat dilihat US dolar terus mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dalam pasaran.
Pada carta harga pasangan EUR/USD semalam, harga telah menunjukkan penurunan lebih rendah menyambung penurunan dari zon resistance 1.21500-1.21800 yang diuji pada Selasa.
Penurunan harga telah melepasi zon RBS (resistance become support) 1.20900-1.20550 mencecah ke paras 1.20300 pada sesi New York semalam.
Pergerakan harga kembali perlahan di sekitar paras tersebut sehingga dagangan yang bersambung di sesi Asia pada Khamis.
Sekiranya harga kekal bergerak di bawah zon 1.20550 yang bertukar fungsi sebagai zon SBR (support become resistance), penurunan harga dilihat akan menuju ke paras tumpuan 1.20000.
Penurunan lebih rendah pula bakal menguji kembali paras sokongan 1.19500 yang dicecah pada dagangan awal Februari lalu.
Sebaliknya jika harga berjaya melonjak semula, zon SBR 1.20550-1.20900 akan diuji sebelum kenaikan lebih tinggi akan ke zon resistance 1.21500-1.21800 semula.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI