Seperti yang dijangkakan pada analisis sebelum ini, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY kekal meneruskan kenaikan sepanjang minggu ini menyambung siri kenaikan harga pada minggu lalu.
Selepas berjaya melepasi rintangan pada zon harga 104.800, harga telah meneruskan kenaikan sehingga mencapai semula zon tumpuan 105.600 pada penghujung sesi New York.
Namun pergerakan harga mula mendatar pada zon tersebut sepanjang sesi pasaran Asia hari ini (Jumaat).
US dolar kekal pamerkan pengukuhan sehingga penghujung minggu menjelang data tumpuan utama laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York sebentar lagi.
Trend harga kekal bullish pada carta USD/JPY dengan pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Paras rintangan pada 105.800 dilihat sebagai tarikan terdekat buat kenaikan harga sebelum kenaikan lebih tinggi dijangka akan melonjak sehingga sekitar 106.500 yang menjadi rintangan pada dagangan September tahun lalu.
Namun jika penurunan harga kembali berlaku, paras sokongan MA50 akan diuji dan harga turun lebih rendah dari paras tersebut akan memberi isyarat awal untuk trend bearish.
Penurunan harga dilihat akan kembali semula ke zon RBS (resistance become support) 104.800 sebelum menuju pula ke zon RBS sekitar 104.400.
Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI