Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY pamerkan penurunan di awal minggu ini namun penganalisis masih melihat harga bergerak dalam trend bullish.
Sentimen pasaran yang tidak menentu sejak beberapa minggu kebelakangan ini mempengaruhi kedua-dua mata wang safe-haven US dolar dan Yen ini, namun dilihat US dolar lebih mendominasi.
Memulakan dagangan pada awal minggu di sesi Asia semalam, harga telah menunjukkan corak kenaikan meneruskan trend bullish pada minggu lalu.
Namun momentum kenaikan semakin perlahan pada sesi Eropah dan penurunan lebih ketara berlaku pada sesi New York.
US dolar dilihat gagal mengekalkan momentum pengukuhan yang dipamerkan pada penghujung minggu lalu berikutan penurunan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) serta data aktiviti pembuatan AS yang menurun untuk bulan April.
Setelah menyentuh paras ketinggian 109.700, harga telah susut 90 pips ke paras 108.900 dan perlahan sehingga penghujung sesi New York.
Harga yang jatuh di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga juga akan memberikan isyarat awal untuk trend bearish.
Namun pada dagangan yang bersambung di sesi Asia pagi ini, harga dilihat kembali membuat kenaikan pada kadar yang perlahan ke sekitar 109.300 menuju pembukaan awal sesi Eropah.
Pelabur akan meneliti sama ada harga mampu mengatasi paras ketinggian semalam sebelum lebih yakin untuk harga meneruskan kenaikan pada trend bullish.
Kenaikan harga juga bakal menguji rintangan pada 110.00 sebelum mencatatkan paras tertinggi terbaru bagi tempoh dagangan 4 minggu.
Sekiranya US dolar terus mengalami penyusutan, harga boleh menjunam lebih rendah dengan jangkaan untuk menuju semula ke zon RBS (resistance become support) 108.500-108.200.
Penurunan lebih rendah seterusnya bakal ke zon support pada 107.400 yang telah menyokong penurunan harga pada dagangan April lalu.
Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI