Dolar greenback akhirnya mendapat rangsangan untuk meningkat tinggi berikutan keputusan Federal Reserve (Fed) untuk mengurangkan kadar pembelian bon bulanannya sebanyak $15 bilion sebulan.
Pada sesi Asia, indeks dolar diniagakan lebih tinggi pada 94.36 berbanding sekumpulan matawang utama.
Pada mulanya, US dolar susut rendah selepas pengurangan diumumkan, menunjukkan pelabur mengambil masa untuk menilai kenyataan Pengerusi Jerome Powell mengenai kenaikan kadar faedah.
Perhatian pelabur kini beralih kepada penerbitan laporan pekerjaan NFP AS yang dijangka akan menunjukkan peningkatan pada Oktober selepas mencatat bacaan mengecewakan pada bulan sebelumnya.
Data jumlah tuntutan pengangguran yang dikeluarkan pada sesi New York semalam menunjukkan bacaan yang lebih baik dengan penurunan sebanyak 269,000 pada minggu lepas daripada 283,000 sebelumnya.
Pengukuhan dolar greenback turut disokong oleh kelemahan kebanyakan pesaing utamanya, terutamanya matawang pound yang kecewa dengan keputusan dasar Bank Pusat England (BOE).
Matawang euro juga melemah berikutan kenyataan Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde yang menyangkal jangkaan pasaran untuk naikkan kadar pada Oktober tahun 2022.
Di sisi lain, dolar Aussie dan kiwi juga menjunam rendah disebabkan pengukuhan dolar greenback. Dolar Aussie terus dalam tekanan susulan kenyataan dovish oleh Bank Pusat Australia (RBA) dalam pernyataan polisi monetari terbarunya.