BOE Kecewakan Jangkaan Agresif Pasaran, Pound Terjun Pandelela

536

Bank Pusat England (BOE) mengecewakan jangkaan pasaran dengan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat polisi yang berlangsung pada hari Khamis.

Bagimanapun, BOE mengekalkan prospek dasar monetari akan diperketatkan tidak lama lagi, dengan berkata ia mungkin perlu menaikkan kadar daripada paras terendah sepanjang masa sebanyak 0.1% dalam beberapa bulan akan datang sekiranya ekonomi menunjukkan pemulihan seperti diharapkan.

Ini dapat dilihat daripada dua orang pembuat dasar yang menyokong untuk menaikkan kadar dalam mesyuarat yang diadakan semalam, iaitu Timbalan Gabenor Dave Ramsden dan Michael Saunders untuk kenaikan 15 mata asas serta merta.

Sementara tujuh lagi pembuat dasar berpendapat bahawa mereka perlu menangguhkannya terlebih dahulu kerana melihat ramai yang kehilangan pekerjaan susulan penamatan skim subsidi oleh kerajaan baru-baru ini.

Selain itu, tiga daripada sembilan pembuat dasar pula memilih untuk mengurangkan pembelian aset yang bernilai £ 850 bilion.

Dalam pengumumannya pada Khamis, BOE mengatakan para pembuat dasar ingin menunggu inflasi tambahan pada perkembangan jangka pendek dan pasaran buruh sebelum memutuskan untuk mengurangkan rangsangan.

Tuntasnya, bank pusat mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 0.10% dan kadar pembelian bon kekal pada tahap semasa.

Terdahulu, pelabur menjangkakan BOE akan mula menaikkan kadar faedah berikutan kadar inflasi yang meningkat tinggi dan beberapa pembuat dasar juga memberi indikasi untuk mula mengetatkan rangsangan bagi menanganinya.

Susulan pengumuman dasar terbaru BOE, matawang pound menjunam ke paras terendah satu bulan menyebabkannya didagangkan di bawah paras harga 1.35000 berbanding USD pada sesi Asia hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat