Syarikat gergasi pembayaran global, Visa mengumumkan bahawa mereka telah meluluskan kad debit fizikal yang membolehkan rakyat Australia menggunakan Bitcoin mereka untuk berbelanja atau membuat pembayaran di kedai mahupun melawat tempat rekreasi.
Inovasi ini akan membolehkan pelanggan membuat pembelian langsung dengan kripto tanpa menukar aset digital menjadi wang fiat. Berdasarkan laporan Kajian Kewangan Australia, rakyat Australia tidak lama algi akan boleh menghabiskan kripto mereka melalui kad debit baru yang dibangunkan CryptoSpend. Syarikat Visa bersetuju akan usaha tersebut setelah memeriksa ia selaras dengan peraturan anti pengubahan wang haram.
Ini secara tidak langsung ia adalah kali pertama untuk Aussies menggunakan kripto pada kad pembayaran bagi membuat perbelanjaan barangan harian dan juga apa-apa transaksi. Visa dijangka akan mengumumkan persetujuan langkah tersebut pada minggu ini secara rasmi.
Berdasarkan laporan, kad debit itu akan tersedia di pasaran seawal bulan September. Ia akan dikeluarkan oleh penyedia teknologi perisian global – Novatti Group. Selain Bitcoin, pelanggan akan mempunyai pilihan lain seperti Ethereum (ETH), Ripple (XRP), dan Bitcoin Cash (BCH)
Richard Voice – pengasas bersama dan COO CryptoSpend – menyatakan bahawa kad inovatif akan membawa manfaat kepada pemilik kripto.
Beberapa minggu yang lalu, syarikat teknologi pembayaran Visa melaporkan bahawa lebih daripada $ 1 bilion dibelanjakan untuk kad Visa yang berkaitan dengan kripto. Ketua Pegawai Eksekutif Visa Alfred Kelly bahkan menyatakan bahawa syarikat itu memandang Bitcoin dan aset crypto lain sebagai ’emas digital.’