Bukan sahaja pelabur bilis terciduk gara-gara keruntuhan pasaran kripto, pengasas Ethereum, Vitalik Buterin juga tidak ketinggalan apabila dilaporkan mencatat kerugian lebih $400 juta!
Ketika artikel ini ditulis Buterin memiliki dua alamat utama ether yang mana masing-masing memiliki 325,001 dan 1,366 ETH dengan nilai kumulatif $637.39 juta (326,367 ETH) berdasarkan nilai semasa Ethereum, $1,953.
Sebelum ini pada 3 Mei, Buterin dinobatkan sebagai jutawan kripto apabila pegangannya mencecah $1.09 bilion ketika figura itu memiliki 333,520 ETH dan ether pada masa itu didagangkan pada $3,278.
Bagaimanapun dengan penyusutan harga ETH lebih 50% sejak paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $4,362 pada 12 Mei, menjadikan kerugian yang dialami Buterin adalah sebanyak $455,883,809.
Jumlah kerugian tersebut turut merangkumi perbezaan jumlah ether yang direkod, 7,153 ETH.
Ethereum turut terjejas dengan nilai pasaran mencatatkan penyusutan lebih 11% dalam 24 jam kepada jumlah semasa $226.08 bilion.