Selepas lonjakan nilai pada awal minggu, Pound Sterling mula bergerak mendatar pada dagangan Selasa semalam dengan tumpuan pelabur kini terarah pada data pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK untuk suku pertama 2021 yang akan diterbitkan pada sesi Eropah petang ini.
Jangkaan untuk pertumbuhan yang menguncup bagi suku pertama telah menjejaskan momentum pengukuhan Pound sejak penghujung minggu lalu.
Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga telah melonjak kukuh di atas paras 1.4000 yang berjaya ditembusi dan turut melepasi paras 1.41000.
Paras 1.41000 kini bertindak sebagai paras support buat harga dengan paras tertinggi terbaru dicapai sekitar 1.41660 semalam.
Walau bagaimanapun, pergerakan harga dilihat lebih mendatar semalam gagal mengekalkan momentum kenaikan sebelumnya.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-market-slow-raya-125-11am
Pada dagangan yang bersambung pada Rabu, harga susut sedikit berlegar di atas paras 1.41000 dan menguji para sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di sesi pasaran Asia.
Harga yang bergerak turun di bawah paras sokongan MA50 tersebut akan menjadi petunjuk awal bagi harga memulakan penurunan semula.
Penurunan harga akan kembali semula ke zon RBS (resistance become support) 1.4000 untuk pelabur menilai reaksi harga bagi mendapatkan petunjuk arah pergerakan seterusnya.
Sekiranya harga berjaya meneruskan kenaikan semula pada trend bullish, harga akan mencatatkan paras ketinggian terbaru menuju zon rintangan 1.42000 yang diuji pada dagangan Februari lalu.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI