Pound Sterling berjaya mencatatkan pengukuhan di awal minggu berbanding US dolar walaupun bank-bank di UK masih lagi bercuti.
Aksi menarik dipaparkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam apabila mencatatkan lonjakan harian sekitar 130 pips kembali meraih semula keuntungan selepas kejatuhan harga pada penghujung minggu lalu.
Peningkatan harga adalah lebih didorong oleh faktor penyusutan US dolar yang gagal mengekalkan momentum pengukuhannya untuk dagangan awal minggu.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-lemah-semula#t=0:00
Sementara pelabur masih berwaspada terhadap dagangan Pound yang dilihat berisiko menjelang mesyuarat polisi bank pusat England pada minggu ini.
Harga pada carta GBP/USD berjaya melonjak semalam dari zon RBS (resistance become support) 1.38000 sehingga ke paras ketinggan 1.39300.
Lonjakan tersebut juga telah menembusi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang memberi isyarat awal trend bullish semula.
Namun sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia pagi Selasa, harga sedikit susut semula ke paras sokongan MA50 sekitar zon harga 1.38800.
Jangkaan untuk harga meneruskan kenaikan akan cuba mengatasi paras ketinggian 1.39300 semalam dan menguji paras tertinggi yang dicapai minggu lalu sekitar 1.39700.
Seterusnya, harga bakal menuju semula ke paras rintangan tumpuan pada 1.4000 yang gagal ditembusi ketika diuji pada dagangan April.
Sekiranya harga susut semula, zon RBS 1.38000 akan kembali menjadi tumpuan harga semula. Zon tersebut dijangka akan terus menyokong semula kenaikan harga.
Jika harga jatuh lebih rendah di bawah zon tersebut, penurunan harga bakal didorong sehingga ke zon support utama 1.37000.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI