YouTube menggantung saluran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekurang-kurangnya seminggu dan berkemungkinan untuk tempoh masa yang lebih lama.
Lapor CNN, YouTube bertindak sedemikian selepas Trump memuat naik sebuah video yang mencetuskan keganasan baru-baru ini.
Video itu bagaimanapun telah dipadam.
YouTube merancang mengkaji semula keputusan tersebut dalam tempoh seminggu.
Selain itu, YouTube juga merancang untuk mengambil langkah mematikan ruangan komen video berkenaan.
“Selepas melakukan semakan terperinci dan wujud kebimbangan mengenai potensi keganasan, kami memadam kandungan baharu yang dimuat naik oleh saluran Trump dan mengeluarkan amaran kerana melanggar polisi kami kerana mencetuskan keganasan.
“Akibatnya, sesuai dengan sistem amaran kami, saluran tersebut dilarang memuat naik video baharu atau melakukan siaran langsung selama tujuh hari dan mungkin dilanjutkan tempohnya,” kata jurucakap YouTube menerusi kenyataan dikeluarkan.
Terdahulu, Twitter dan Facebook menggantung akaun Trump secara kekal.