Mata wang Euro berjaya meneruskan momentum pengukuhan berbanding yen yang masih bergerak suram dengan sentimen pasaran yang tidak menentu.
Namun, pelabur mata wang Eropah itu pastinya dilanda kebimbangan ekoran laporan terbaru berkenaan krisis tenaga di antara Eropah dan Rusia yang semakin tegang.
Dalam laporan terbaru, Rusia telah menyekat saluran paip minyak Druzhba yang menghubungkan ke beberapa negara Eropah tengah disebabkan isu pembayaran transit. Ini akan terus meningkatkan kegelisahan Kesatuan Eropah (EU) dalam mencari jalan penyelesaian untuk masalah bekalan tenaga ekoran faktor kebergantungan terhadap bekalan dari Rusia.
Sementara itu, pelabur melihat potensi bekalan tambahan dari Iran selepas Eropah menyerahkan “teks akhir” bagi menghidupkan semula perjanjian nuklear Iran 2015 lewat Isnin hadapan.
Pergerakan harga pada carta EUR/JPY pastinya mencuri perhatian pelabur dengan perkembangan di Eropah tersebut yang dijangka akan mempengaruhi harga.
Namun, harga diperhatikan bergerak mendatar sejak pembukaan dagangan awal minggu sehingga bersambung pada Selasa semalam selepas lonjakan berlaku pada penghujung minggu lalu tempias terbitan laporan data pekerjaan NFP AS.
Pada Isnin, harga dilihat mendatar di paras 137.500 dan dagangan Selasa semalam sedikit meningkat untuk didagangkan mendatar di sekitar paras 138.00.
Walaupun pergerakan yang mendatar, namun pelabur masih menilai pergerakan harga dalam trend bullish yang disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/JPY.
Sekiranya berlaku lonjakan harga, kenaikan lebih tinggi dilihat akan mensasarkan ke paras ketinggian 140.00 yang menjadi zon rintangan penting harga pada dagangan penghujung Julai lalu.
Kenaikan lebih tinggi yang berjaya melepasi zon 140.000 pula berkemungkinan akan mencapai sehingga paras tumpuan sekitar 142.00 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 3 minggu.
Sebaliknya jika harga membuat penurunan semula di bawah paras sokongan MA50, beberapa paras tumpuan seperti 137.500 dan 136.600 dilihat bakal diuji selepas isyarat perubahan trend bearish semula.
Untuk penurunan harga yang berjaya melepasi paras berikut akan menjangkakan harga menuju ke zon support 133.500 yang dicecah pada minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG