Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.
Minit Mesyuarat Bank Pusat Australia (Selasa 9.30 Pagi): Pelabur bakal meneliti butiran lanjut minit pada mesyuarat bank pusat Australia (RBA) pada awal Jun lalu selepas kenaikan 50 mata asas kadar faedah mengatasi ramalan.
Data Inflasi UK (Rabu 2.00 Petang): Selepas Pound melonjak minggu lalu susulan keputusan mesyuarat bank pusat England (BOE), bacaan data indeks harga pengguna di UK pula bakal mempengaruhi Pound. Inflasi yang meningkat akan menguatkan jangkaan untuk BOE kekal meneruskan pengetatan polisi.
Data Inflasi Kanada (Rabu 8.30 Malam): Bacaan bulanan untuk inflasi di Kanada yang dijangka meningkat untuk bulan Mei yang akan turut menjadi perhatian bank pusat. Bank of Canada (BOC) antara yang dilihat mengekalkan kenaikan kadar faedah untuk beberapa mesyuarat polisi yang terbaru.
Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (Khamis 4.00 Petang): Menuju ke minggu-minggu penghujung bulan, pelabur kebiasannya akan disajikan bacaan data bagi sektor-sektor penting bagi menilai kesihatan semasa ekonomi. Jangkaan bagi bacaan data di Eropah dijangka masih kekal stabil.
Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (Khamis 4.30 Petang): Menyusul pula bacaan bagi sektor ekonomi di UK, bacaan data dijangka sedikit menurun dari bulan sebelumnya, namun masih di paras yang baik.
Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (Khamis 9.45 Malam): Kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi di Amerika Syarikat serta faktor-faktor semasa yang lain boleh memberi tekanan terhadap sektor-sektor utama di AS. Bacaan bagi data terbaru berkemungkinan menampilkan angka yang sedikit menurun.