Akaun rasmi media sosial Twitter CoinDCX, exchanger kripto India telah digodam dan kemudiannya menggunakan akaun tersebut untuk mempromosikan pemberian XRP palsu.
Rentetan itu, pengguna diminta untuk mengelak daripada menekan sebarang pautan pada mesej penipuan yang diterima.
Dijelaskan, penggodam meninggalkan mesej phishing mengatakan CoinDCX akan menambah bekalan XRP serta pemberian giveaways 100,000,000 XRP demi menyokong komuniti.
Penggodam bukan sahaja menukar nama akaun, gambar paparan dan butiran lain untuk dipadankan dengan akaun Twitter Ketua Pegawai Eksekutif Ripple, Brad Garlinghouse, bahkan turut menciap semula ciapan akaun beliau agar pembaca menekan pautan tersebut.
Menurut CoinDCX, pasukannya sedang berusaha mendapatkan semula kawalan Twitter @CoinDCX dan memberi amaran kepada pengguna supaya tidak menekan pautan atau mesej yang diterima daripada pemegang Twitter tersebut.
Tambahnya lagi, CoinDCX akan berkongsi maklumat terkini tentang situasi yang berlaku tidak lama lagi.
Pada sumber berbeza, isu SEC vs Ripple mencapai keputusan muktamad kerana kedua-dua pihak memfailkan usul untuk summary judgment dan Brad Garlinghouse yakin bahawa ia akan memenangi tuntutan mahkhamah kerana SEC gagal membuktikan XRP sebagai pelaburan tidak baik.