Pengukuhan euro tampaknya terhalang pada sesi Eropah selepas ditolak jatuh oleh US dolar yang membuat kebangkitan semula menjelang penerbitan data perbelanjaan peribadi pengguna Amerika Syarikat (PCE) pada malam ini.
Euro sedikit tergelincir dengan didagangkan pada sekitar harga 1.1120 berbanding dolar greenback setelah menyentuh paras tertinggi hampir satu bulan pada sesi sebelum ini.
Mata wang itu sebelum ini telah mencatat pengukuhan dengan sokongan daripada perkembangan positif dalam rundingan Ukraine-Rusia dan data inflasi Jerman yang meningkat jauh lebih baik daripada dijangkakan.
Beberapa penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB) juga memberi isyarat mengenai kemungkinan kadar faedah akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memerangi lonjakan inflasi di Zon Eropah.
Penyusutan tersebut turut disusuli oleh dolar Aussie dan kiwi yang terus berundur dari paras tertinggi 4 bulan yang dicatatkan pada minggu ini.
Walaupun begitu, pelabur turut berhati-hati memandangkan hari ini merupakan hari terakhir dagangan bagi bulan Mac.
US dolar didagangkan sedikit meningkat, memperlihatkan indeks dolar menokok pada sekitar harga 98.10 berbanding pesaing utamanya.
Sementara menantikan penerbitan laporan pekerjaan NFP pada Jumaat, pelabur memberi perhatian kepada data PCE yang menjadi ukuran utama inflasi oleh Federal Reserve (Fed) pada malam ini.