Komoditi emas meneruskan corak kenaikan yang lebih tinggi pada pembukaan dagangan awal minggu ketika US dolar meneruskan penyusutan dan hasil bon AS pula yang kekal menjunam.
Data indeks harga perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) Amerika Syarikat (AS) yang meneruskan peningkatan memberikan petunjuk inflasi bergerak pantas sejak 2005.
Selain daripada itu, penguncupan yang dicatatkan dalam data pertumbuhan ekonomi AS pada suku kedua telah membuatkan jangkaan hawkish daripada Federal Reserve (Fed) semakin berkurang.
Laporan data pekerjaan NFP AS yang bakal diterbitkan pada penghujung minggu ini akan menjadi tumpuan pelabur dengan jangkaan pasaran buruh kekal mengukuh walaupun terdapat ramalan penyusutan dalam penambahan pekerjaan untuk bulan Julai.
Memerhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga bergerak mendatar pada sekitar zon 1760.00 di penghujung sesi dagangan minggu lalu setelah mencatatkan kenaikan ke paras ketinggian terbaru 3 minggu tersebut.
Pembukaan pasaran di awal minggu ini pula menyaksikan harga masih berlegar di zon tersebut dan mengekalkan pergerakan mendatar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD yang masih memberi isyarat pergerakan bullish untuk emas.
Sekiranya harga berjaya meneruskan peningkatan, kenaikan yang lebih tinggi dijangkakan akan menguji zon tumpuan pada 1785.00 sebelum membuat lonjakan lebih tinggi menuju ke paras ketinggian 1800.00 sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu.
Sebaliknya, jika harga menunjukkan penyusutan semula di bawah zon 1760.00, pelabur emas bakal berwaspada untuk petunjuk awal berlakunya perubahan trend bearish semula selepas harga juga mula turut bergerak di bawah paras sokongan MA50.
Penurunan yang lebih rendah bagi logam kuning dijangkakan bakal mensasarkan ke zon resistance become support (RBS) 1735.00 untuk diuji, sebelum meneruskan penurunan sehingga mencecah semula ke zon sokongan harga minggu lepas pada 1720.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG