Kejatuhan dalam hasil bon kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan dagangan dolar greenback telah membuatkan harga emas meningkat lebih tinggi pada sesi Eropah sehingga ke awal sesi New York pada dagangan Rabu semalam.
Situasi ini telah memberi harapan semula kepada pelabur emas untuk menjangkakan logam kuning itu akan kembali ke paras lebih tinggi semula untuk mengakhiri corak penurunan di awal minggu.
Walaupun begitu, peningkatan tersebut tidak berjaya diteruskan selepas pergerakan emas terkesan dengan kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang menyatakan bank pusat amat komited untuk mengurangkan semula inflasi yang tinggi dengan membuat kenaikan kadar faedah pada kadar yang bersesuaian.
Sekiranya kenaikan kadar faedah berjaya diteruskan berbaki beberapa mesyuarat polisi sehingga penghujung tahun, dijangka mata wang US dolar berpotensi untuk terus menguat berbanding mata wang utama yang lain dalam pasaran.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam, lonjakan emas memberi kejutan kepada pelabur menyaksikan harga yang susut mencecah sekitar 1824.00 kembali membuat kenaikan semula melepasi 1830.00 dan mencapai ketinggian 1847.00.
Namun di penghujung sesi New York, harga mula susut semula untuk menutup dagangan di sekitar paras 1838.00.
Pun begitu, pelabur masih lagi optimis menjangkakan kenaikan harga emas untuk diteruskan lagi hari ini ekoran harga yang kekal berlegar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat bullish buat emas.
Sekiranya emas berjaya mengekalkan momentum kenaikan pada hari ini, harga bakal menuju semula ke zon rintangan pada 1850.00 untuk mengatasi ketinggian yang dicapai pada lonjakan semalam.
Kenaikan lanjut harga yang melepasi zon rintangan tersebut bakal menuju pula ke paras sasaran pada 1870.00, iaitu zon rintangan harga yang diuji pada dagangan beberapa minggu sebelum ini yang masih tidak berjaya ditembusi.
Sebaliknya, jika harga menyusut semula ke bawah zon 1830.00, dilihat harga emas bakal menuju ke sekitar paras 1810.00 terlebih dahulu sebelum penyusutan lebih rendah bakal mencecah ke zon support utama pada 1800.00 untuk harga menguji pula zon tersebut.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG