Dagangan emas sedikit suram namun kekal berlegar di paras harga $1,900 sehingga Selasa semalam selepas kenaikan harga emas di penghujung minggu lalu mencapai ke paras ketinggian tersebut.
Pelabur kekal memberi tumpuan terhadap perkembangan krisis geopolitik Rusia-Ukraine dengan kebarangkalian yang rendah untuk perdamaian akan berlaku dalam tempoh terdekat.
Walaupun Presiden Ukraine memberi kenyataan yang dilihat cuba untuk memulihkan kebimbangan, namun campur tangan oleh Amerika Syarikat dan Eropah dilihat masih membuatkan risiko terus meningkat.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga masih berlegar di sekitar paras 1900.00 sehingga bersambung pada dagangan sesi Eropah hari ini (Rabu).
Harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat awal untuk perubahan trend bearish.
Namun, masih awal untuk menjangkakan penurunan harga ekoran kebimbangan yang masih menyelubungi pasaran akan terus mewujudkan tarikan terhadap aset safe-haven emas.
Jika penurunan harga berlaku, zon RBS (resistance become support) pada 1870.00 dan 1850.00 akan menjadi tumpuan harga.
Sebaliknya jika krisis Rusia-Ukraine semakin hangat dan tarikan terhadap emas terus meningkat, maka harga emas akan terus dipacu tinggi di atas paras 1900.00.
Kenaikan lebih tinggi dijangka akan menuju sehingga ke paras 1950.00 sekaligus merekodkan paras tertinggi terbaru emas untuk tempoh 13 bulan.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG