Dagangan komoditi emas pada pertengahan minggu dilihat semakin merudum sementara pelabur menantikan ucapan daripada Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di hadapan Kongres hari ini untuk petunjuk lebih lanjut terhadap dasar monetari bank pusat.
Pasaran meramalkan Fed bakal membuat kenaikan 50 mata asas kadar faedah pada mesyuarat September dan pada bulan November pula sebanyak 25 atau 50 mata asas serta tambahan 25 mata asas lagi pada bulan Disember.
Sekiranya kenaikan kadar faedah berterusan dinaikkan untuk baki mesyuarat sehingga penghujung tahun, dijangka mata wang US dolar berpotensi untuk terus menguat berbanding mata wang utama yang lain dalam pasaran.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dagangan sesi Eropah semalam dilihat membuat sedikit kenaikan namun tidak berjaya diteruskan sebelum pasaran menyaksikan berlakunya penurunan harga semula pada sesi dagangan New York sehinggalah bersambung ke sesi Asia pagi ini (Rabu) sekitar 170 pips penurunan dicatatkan.
Selepas penurunan harga dilihat telah susut di bawah zon 1830.00, pelabur juga menilai pergerakan harga emas memasuki trend bearish selepas bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD sejak awal minggu lagi dan kekal menjadi rintangan pada kenaikan semalam.
Sekiranya penurunan harga kekal diteruskan, harga emas dilihat bakal membuat kejatuhan lebih parah dan tumpuan harga seterusnya bakal terarah kepada 1810.00 untuk diuji semula.
Malah, untuk penurunan lebih rendah yang masih lagi diteruskan akan dijangka mencecah sehingga zon support penting bagi logam kuning itu iaitu pada 1800.00 sekali gus mencatatkan paras terendah terbaru 5 minggu.
Sebaliknya, jika emas berjaya paparkan pemulihan semula, harga yang membuat kenaikan di atas zon 1830.00 kembali akan menuju semula ke zon rintangan pada 1850.00 untuk mengatasi kenaikan yang dipamerkan minggu lalu sebelum meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.
Kenaikan lanjut harga yang melepasi zon rintangan tersebut bakal menuju pula ke paras sasaran pada 1870.00 iaitu zon rintangan harga yang diuji pada dagangan beberapa minggu sebelum ini yang masih berjaya ditembusi.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG