Bitcoin dalam permulaan minggu kali ini gagal untuk kekal di atas $38,000 dengan kerugian sekitar $1,000. Altcoin seperti kebiasaannya mengikut jejak langkah BTC dengan kerugian lebih teruk, antara yang terkena tempias ialah Solana, Ripple, Polkadot, Terra dan lain-lain.
Sejak Khamis lalu, harga BTC telah merosot kepada $35,500 untuk kali kedua dalam masa dua hari dan kemudian menunjukkan tanda-tanda pemulihan apabila harga BTC bangkit mencecah $37,000 beberapa hari kemudian.
BTC sekali lagi melepasi $38,000 dan mengekekalkan momentum di paras tersebut pada hujung minggu dengan mencapai paras harga tertinggi $38,700. Bagaimanapun, ia gagal meneruskan momentum dan mula kehilangan nilai. Ini menyebabkan harga Bitcoin menyusut lebih lanjut.
Semasa penulisan harga BTC mencatat pada paras harga $37,820, mengukuh sedikit pada paras terendah harian. Altcoin yang pada awalnya menunjukkan harapan pada hujung minggu juga mengalami nasih yang sama. Harga Ethereum sempat jatuh pada $3500 sebelum naik semula pada paras $3600.
Terra (LUNA) yang acapkali menunjukkan momentum berlawanan dengan BTC sebelum ini, kini turut terpalit dengan kerugian harga yang besar. Hal ini kerana terpalit dengan projek kewangan desentralisasi (DeFi) Wonderland dan individu bernama Michael Patryn.
Pemain pasaran kini mengharapkan harga BTC dapat menebus dan mengekalkan paras harga $38,000. Kemudian kembali melepasi $40,000 untuk mengekalkan momentum lebih baik.