Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD kekal mendatar selepas pelabur meneliti butiran minit mesyuarat bank pusat Australia yang diterbitkan di awal sesi Asia pagi ini.
Reserve Bank of Australia (RBA) telah meningkatkan kadar faedah 25 mata asas ke paras 2.85% pada mesyuarat polisi di awal November lalu.
Pelabur berkemungkinan sukar melihat arah lebih jelas dengan kenyataan bank pusat terhadap dasar monetari seterusnya yang bersedia untuk menghentikan pengetatan, tetapi berkemungkinan akan menaikkan semula kenaikan kadar bergantung kepada keadaan.
Kebimbangan terhadap lonjakan kos pinjaman turut mengiringi kegusaran terhadap kadar inflasi yang masih tinggi di Australia.
Meneliti carta harga AUD/USD, selepas harga mendatar di zon 0.67000 di awal minggu, corak perlahan tersebut kekal menyambung dagangan pada pagi Selasa ini.
Tiada kesan ketara terhadap dolar Aussie selepas terbitan minit, pergerakan harga dijangka akan terus dipacu oleh perubahan nilai US dolar dalam pasaran.
Namun, harga masih bergerak dalam trend bullish yang disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD tersebut.
Jika kenaikan diteruskan, zon 0.67600 bakal diuji sebelum kenaikan lebih tinggi berkemungkinan mencapai sekitar 0.68300 atau 0.69000 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 9 minggu.
Sebaliknya, jika harga menjunam semula di bawah zon 0.67000, bakal menjadi petanda awal untuk perubahan trend bearish selepas harga mula bergerak di bawah paras sokongan MA50.
Penurunan lanjut harga dijangka akan menuju ke sekitar 0.65400 untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG