Sedikit sahaja lagi, Ethereum 2.0 atau teminologi baharunya, lapisan konsensus akan bersiaran tetapi ada beberapa pengujian perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi memastikan pelancarannya pada Jun ini berjalan lancar.
Dalam perkongsian di laman Twitter, pembangun perisian Ethereum, Parathi Jayanathi mengesahkan pasukannya sudah menjalankan 3 shadow forks Goerli.
Ketiga-tiga forks digunakan untuk meneliti kehadiran pelbagai pepijat dari kod penyegerakan (sync code) untuk meminta tempoh tamat dalam proses peralihan tersebut.
Apa itu shadow forks?
Ia merujuk kepada penyalinan data dari rangkaian utama (Ethereum) kepada platform testnet.
Di platform inilah pembangun boleh membuat pengujian kesemua ciri yang diperkenalkan sebelum dipindahkan pula ke Ethereum.
Bagi melancarkan proses tersebut, sejumlah jurutera Ethereum telah menghasilkan persekitaran pengujian yang hampir sama dengan rangkaian utama melalui kehadiran Kiln.
Sebagai rekod, Ethereum memproses lebih 1 bilion transaksi setiap hari.
Setakat ini, shadow fork yang baru diuji sudah memproses 1.8 juta transaksi dengan penghasilan blok rata-rata menelan masa 13.8 saat.