Pengujian Kiln Berjalan Lancar, Ethereum 2.0 Dijangka Tiba Pada Jun Ini!

246

Sedikit sahaja lagi sebelum Ethereum menempuhi era mekanisme konsensus Proof of Stake (PoS) berdasarkan status Kiln yang sudah pun bersiaran semalam waktu Malaysia.

Kiln merujuk kepada testnet umum yang dilancarkan pada Jumaat menjadi penanda kepada gabungan antara Ethereum dengan Beacon Chain (kini dikenali: lapisan konsensus/consensus layer).

Kiln juga merupakan testnet terakhir yang menyerupai ekosistem mainnet sebelum peralihan kepada PoS benar-benar berlaku.

Ethereum Foundation menggalakkan pembangun-pembangun di Ethereum dan operator nod untuk menjalankan pengujian terhadap Kiln bagi memastikan peralihan yang lancar melalui produk-produk sedia ada.

Memandangkan Kiln ‘meniru’ ciri Ethereum, ia beroperasi menggunakan Proof of Work (PoW) sebelum mainnet sepenuhnya beralih kepada PoS pada Jun 2022, bermula pada Beacon Chain.

Sementara itu, rekod staking Ethereum di Beacon Chain sudah melepasi 10 juta ETH berdasarkan statistik Launchpad.

Ketika penulisan, seunit ETH bernilai $2,549 (RM10,722); bermakna nilai keseluruhan yang telah di-stake ialah RM 112,429,978,805.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat