‘Makin menjadi-jadi 2 negara ni, harap perang tak tercetus jelah.’
Atas faktor kebimbangan keselamatan negara dan dasar luar negara, Amerika Syarikat (AS) menambah 7 lagi firma dari China ke dalam senarai kawalan eksportnya.
Perkara tersebut disahkan Jabatan Perdagangan AS melalui unit Daftar Persekutuan pada hari Selasa dengan hampir kesemua firma yang tersenarai adalah berkaitan aeroangkasa.
Antara yang tersenarai:
- China Aerospace Science and Technology Corporation 9th Academy 771 Research Institute.
- China Aerospace Science and Technology Corporation 9th Academy 772 Research Institute.
- China Academy of Space Technology 502 Research Institute.
- China Academy of Space Technology 513 Research Institute.
- China Electronics Technology Group Corporation 43 Research Institute.
- China Electronics Technology Group Corporation 58 Research Institute.
- Zhuhai Orbita Control Systems.
Ini bermakna 7 firma tersebut perlu memohon lesen terlebih dahulu sebelum menghantar sebarang barangan, bekalan atau perkhidmatan ke AS.
Ulas wakil jabatan Perdagangan AS, tindakan tersebut diambil atas dakwaan bahawa firma-firma tersebut cuba memperoleh barangan negara Uncle Sam bagi menyokong usaha pemodenan ketenteraan China.
Umunnya, krisis antara 2 negara tersebut bertambah buruk semenjak wakil AS Nancy Pelosi berkeras kepala melawat Taiwan walaupun mendapat tentangan hebat oleh China.