Perasan tak dalam artikel kripto oleh Team Intraday, banyak kali disebutkan ‘koin’ dan ‘token’.
Walaupun kedua-duanya membawa maksud yang sama, sebenarnya dua perkataan ini membawa ciri dan fungsi yang berbeza-beza.
KOIN
- Dilancarkan di blockchain natifnya, atau lebih tepat memiliki blockchain
- Contohnya:
- Bitcoin (BTC) yang beredar di dalam rangkaian Bitcoin.
- Ehtereum (ETH) di rangkaian Ethereum.
TOKEN
- Dilancarkan atau menumpang di blockchain
- Contohnya:
- Tether (USDT) yang berada di rangkaian lain seperti Ethereum.
- Shiba Inu (SHIB) yang berada di Ethereum.
Jika dilihat secara kasar, kedua-dua koin dan token ini tidak memiliki perbezaan yang jelas kerana ia memainkan peranan dan fungsi yang sama, begitu juga pembelian dan penjualannya.
Cumanya jika anda mencari perbezaan bagi koin dan token, boleh dilihat ketika pembangun atau platform pertukaran kripto membuat penambahbaikan spesifik untuk projek kripto atau mahu melakukan perubahan terhadap kontrak pintar atau blockchain.
Jadi, tidak kisahlah jika aset kripto yang anda beli sama ada koin atau token kerana kedua-duanya tetap sama.
Kesimpulannya, kalian faham dengan jelas tak perbezaan kedua-dua terma ‘token’ dan ‘koin’ ini?
Apa-apa pun, sebelum membuat pelaburan kripto pastikan anda DYOR!