Gagal untuk mengekalkan momentum pengukuhan, dolar Australia menjunam di penghujung sesi Asia sebentar tadi selepas terbitan keputusan mesyuarat bank pusat Australia yang menepati jangkaan untuk menaikkan kadar faedah.
Reserve Bank of Australia (RBA) menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 1.85% seperti yang dijangkakan, namun kenyataan bernada dovish oleh gabenor Philip Lowe menjadi faktor yang mengundang penyusutan ketara dolar Aussie bersambung pada dagangan sesi Eropah.
Menurut Loew, bank pusat turut komited untuk melakukan pengetatan lanjut tetapi ia gagal berada pada “laluan yang telah ditetapkan”, kerana saiz dan masa kadar faedah akan dipacu oleh data yang diterbitkan.
Oleh itu, RBA dilihat bakal memperlahankan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat polisi seterusnya sekaligus mencerminkan reaksi negatif pelabur terhadap dagangan dolar Aussie yang menyusut dari paras tertinggi 1 bulan yang dicapai pada awal minggu.
Melihatkan pergerakan harga bagi pasangan mata wang AUD/USD, harga telah berjaya catatkan paras ketinggian terbaru 7 minggu pada Isnin semalam, mencapai paras sekitar 0.70450 namun gagal untuk mengekalkan corak kenaikan tersebut selepas mesyuarat RBA.
Harga yang menjunam hari ini telah melepasi paras 0.7000 dan juga paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD untuk isyarat perubahan trend bearish semula.
Dagangan sesi Eropah setakat jam 6 petang, harga telah menjunam lebih 100 pips ke paras sekitar 0.69200 dengan jangkaan penyusutan harga bakal berterusan pada sesi berikutnya.
Penurunan yang diteruskan dilihat akan menguji zon penting pada 0.69000 yang dilihat menjadi paras sokongan harga pada dagangan minggu lalu.
Seterusnya, harga yang berjaya menembusi zon tersebut dilihat bakal menyusut ke zon RBS (resistance become support) pada 0.68300 bagi mencatatkan paras terendah terbaru 2 minggu.
Sebaliknya jika harga gagal untuk menembusi paras halangan 0.69000 dan mula pamerkan peningkatan semula, paras 0.70000 dilihat akan menjadi rintangan yang bakal diuji sebelum kenaikan dilanjutkan akan mencapai semula paras ketinggian pada awal minggu.
Untuk sasaran kenaikan yang lebih tinggi, harga dijangka meneruskan lonjakan sehingga ke zon 0.71000 untuk catatkan paras tertinggi terbaru 8 minggu.
Lihat pada gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG