Sentimen pasaran yang memulih turut beri sokongan terhadap mata wang berpulangan tinggi seperti dolar Australia dan New Zealand kembali meningkat menuju penghujung minggu.
Manakala US dolar pula menyusut dalam sentimen pasaran positif itu di samping laporan data pekerjaan ADP NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan di sesi New York semalam catat bacaan merosot.
Memberi isyarat awal untuk laporan NFP yang berkemungkinan akan turut merosot, pelabur mula melepaskan semula pegangan US dolar sekaligus mengurangkan kembali keuntungan yang dicapai pada Rabu.
Harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD telah pamerkan lonjakan ketara semalam dengan kenaikan harian sekitar 120 pips dicatatkan.
Selepas mendatar di 0.71600, harga beri isyarat bullish semula selepas harga bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Kenaikan yang diteruskan pada sesi New York kemudiannya telah menembusi zon rintangan 0.72300 dan mencatatkan paras ketinggian terbaru dalam tempoh 6 minggu.
Paras ketinggian terbaru setakat sesi Asia hari ini (Jumaat) telah mencapai 0.72800 dengan pergerakan harga lebih perlahan dan mendatar di bawah zon tersebut sementara pelabur semakin berjaga-jaga menantikan laporan NFP.
Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan seterusnya dijangka akan mensasarkan sehingga ketinggian 0.74000 untuk harga menguji zon yang menjadi tumpuan pada dagangan Mac dan April lalu itu.
Namun, sekiranya penurunan harga kembali terjadi, zon 0.72300 akan diuji dan jika zon tersebut berjaya menyokong kenaikan semula, harga akan menyambung corak bullish.
Jika zon tersebut ditembusi dan harga susut lebih rendah, harga dilihat akan kembali menguji zon 0.71800 seterusnya menyusur lebih rendah menuju zon RBS (resistance become support) pada 0.71000.
Laporan pekerjaan NFP AS pada malam ini bakal menentukan arah pergerakan harga selanjutnya dan membuatkan pelabur lebih berwaspada.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG