Permainan berkonsepkan play-to-earn (P2E), Axie Infinity menjadi siri non-fungible token (NFT) pertama yang mencatatkan jualan melebihi paras $4 bilion (RM16,753,120,976.94).
Sebagai rekod, prestasinya mencatatkan sejarah pertama dalam ruang kripto.
Malah, jualan Axie Infinity menangani prestasi koleksi NFT terkenal – CryptoPunks dua kali ganda dengan jumlah pemilikan siri ini mencapai jumlah 2.8 juta pemilik!
Sedia maklum, pertumbuhan pasaran NFT menjadi luar biasa pada 2021 dan 2022 setelah gelombangnya bermula pada pertengahan 2020.
Buktinya boleh dilihat apabila perdagangan NFT telah meningkat 60% untuk 40 hari pertama 2022 dari rekod $6.7 bilion pada suku keempat (Q4) tahun lepas.
Axie Infinity mendapat perhatian tinggi di Filipina sehinggakan menjadi kerjaya sampingan bagi segelintir penduduk di sana.
Pun begitu, penglibatan permainan ini ada pasang surutnya kerana keuntungannya pernah susut ke paras lebih rendah berbanding gaji minimum di negara itu.
Ringkasan Axie Infinity (AXS)
- Merupakan permainan video berasaskan blockchain
- Memiliki karakter NFT, dikenali sebagai ‘Axies’ yang menyerupai karakter Pokemon
- Pemain hanya perlu berlawan antara satu sama lain menggunakan Axies dan raih token Smooth Love Potion (SLP) dan AXS.
Ketika penulisan, token AXS mencatatkan penyusutan sehingga hampir 14% dalam 24 jam, didagangkan pada $47.86. Manakala SLP, dalam tempoh yang sama susut hampir 20%, bernilai $0.01767.
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.