Pemain Axie Infinity Kecewa AXS Sudah Tidak Lumayan

719

Masih ingat ketika Axie Infinity (AXS) menjadi perhatian seluruh komuniti kripto kerana pulangan yang lumayan berbanding Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH)?

Kali ini sebaliknya berlaku apabila pendapatan pemain Axie Infinity (AXS) di Filipina dikatakan telah susut ke paras lebih rendah berbanding gaji minimum bagi kebanyakan pemainnya sejak Ogos.

Berdasarkan rekod daripada Jabatan Tenaga Kerja dan Pekerjaan Filipina, minimum gaji harian di negara itu ialah sebanyak $7.03 (RM29.28).

Ini sangat berbeza dengan situasi ketika permainan ini mendapat perhatian tinggi dan mencatatkan keuntungan yang lumayan.

Dalam satu temubual salah seorang pemainnya yang dikenali sebagai Porky, dia mendedahkan keuntungannya sehingga $20,000 (RM83,300) sebulan, berbanding dengan rakan-rakannya yang lain.

Sementara itu, penurunan kadar pertumbuhan penggunanya telah mula perlahan dan ini mengundang kebimbangan jika permainan ini mampu bertahan untuk jangka masa panjang.

Begitu juga perhatian terhadap keuntungan pemainnya, adakah akan kekal berada di paras tertinggi berbanding minimum gaji harian?

Sebagai rekod, jumlah keseluruhan pengguna aktif harian (DAU) terus mencatatkan peningkatan sepanjang September-Oktober, bermula daripada angka 1.45 juta kepada 1.95 juta pengguna. Bagaimanapun, kadar pertumbuhannya mencatatkan penurunan berturut-turut untuk bulan ketiga, malah menjadi penyumbang utama kepada penyusutan harga token Small Love Potion (SLP).

Seramai 55% pemain Axie Infinity adalah daripada Filipina, manakala 65%-70% adalah daripada rantau Asia Tenggara selain daripada negara itu.

Ketika penulisan AXS mencatatkan harga dagangan, $133.79, susut lebih 7%. Manakala SLP didagangkan pada $0.068, susut hampir 11% dalam 24 jam.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat