Game ‘NFT’ Axie Infinity (AXS) Buat Player Untung, Mengatasi Bitcoin & Ethereum!

584

Melihat dengan lebih jelas, prestasi kewangan Axie Infinity baru-baru ini menunjukkan pelbagai projek aset non-fungible token (NFT) serta token asli AXS telah melonjak dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

AXS, khususnya, telah mendapat daya tarikan yang luas kerana ia boleh dimanfaat oleh pengguna untuk pelbagai keputusan berkaitan dengan ekosistem Axie, juga mempunyai pasaran digital yang sangat maju.

Pada masa akhbar, Axie terus mempamerkan jumlah dagangan yang semakin meningkat dari hari ke hari, sekaligus memecah masuk ke dalam senarai matawang kripto 50 teratas yang terdapat di pasaran hari ini.

Pandangan perspektif, sejak 7 Julai yang lalu, matawang kripto utama seperti Bitcoin, Ethereum, Binance coin, Cardano masing-masing susut, namun mengagumkan AXS menghasil 120% lonjakan sejak dari itu sehingga semalam.

Selanjutnya, teliti carta pergerakan semasa harga AXS/USDT.

Sewaktu artikel analisa AXS dikeluarkan pada minggu lalu, AXS di dagangkan sekitar harga $14.7, kini menghasilkan hampir 100% lonjakan secara drastik.

Namun, secara konsistennya pergerakan harga telah menghasilkan lebih 370% kenaikan pada pasaran bulan Julai sehingga semalam dengan mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru mencapai harga $22.8.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga masih kekal dengan trend Bullish dan telah melepasi ruangan zon Resistance sekitar $24 dimana pergerakan harga dilihat sedang berlegar-legar diatas paras tersebut samada membuat pembetulan harga (correction) atau meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.

Bagi jangkaan seterusnya, sekiranya pergerakan harga kekal dengan momentum pergerakannya, ia bakal mencatatkan lagi paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru jika mempunyai sentimen yang konsisten untuk AXS.

Manakala, jika pergerakan harga AXS kembali menunjukkan trend bearish, pergerakan harga bakal menguji kembali zon resistance sekitar $24 tersebut sebelum membuat penurunan yang lebih rendah atau sekadar retracement.

Ketika penulisan, AXS/USDT didagangkan pada harga sekitar $28 dengan nilai pasaran meningkat lebih $1.7 bilion dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin AXS kini berada di kedudukan ke-49 dalam pasaran.

Lihat gambar carta matawang kripto AXS/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat