Di tengah-tengah kenaikan inflasi yang terus melonjak tinggi dan kemudian ditambah pula kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi, ekonomi Amerika Syarikat (A.S) berjaya menambah sejumlah bilangan pekerjaan walaupun lebih sedikit daripada janggkan pada bulan Mac. Hal ini membawa indikasi bahawa perkembangan pasaran buruh semakin terbatas.
Bacaan NFP berkembang sebanyak 431,000 pada bulan Mac, manakala kadar pengangguran ialah 3.6%, sebagaimana yang dilaporkan oleh Biro Statistik Buruh pada hari Jumaat. Bacaan ini juga terkurang daripada yang dijangkakan oleh para pakar ekonomi yang mensasarkan sebanyak 490,000 pekerjaan dan 3.7% tahap pengangguran.
Ukuran pengangguran alternatif yang turut mengira mereka yang bekerja separuh masa didapati jatuh 0.3% berbanding bulan sebelumnya kepada angka 6.9%. Purata pendapatan setiap jam, yang turut menjadi ukuran yang diperhatikan meningkat 0.4% pada bulan tersebut, sejajar dengan jangkaan. Pada asas 12 bulan, gaji meningkat hampir 5.6%, sejajar dengan anggaran.
Antara penyumbang terbesar pertambahan pekerjaan ialah datang dari sekto rekreasi dan hospitaliti yang mencipta 112,000 pekerjaan. Perkhidmatan profesional dan perniagaan pula menyumbang 102,000, manakala sektor runcit meningkat 49,000.
Tinjauan isi rumah menunjukkan gambaran yang lebih optimistik, menunjukkan jumlah perolehan pekerjaan sebanyak 736,000. Itu menjadikan jumlah tahap pekerjaan dalam lingkungan 408,000 daripada tahap pra-pandemik.
Akhir sekali, pertumbahan ekonomi keluaran dalam negara kasar dijangka tidak banyak pada suku pertama.Perhatian pasaran terus tertumpu pada data inflasi. Pasaran kini menjangkakan kenaikan kadar pada setiap satu daripada enam mesyuarat the Fed pada tahun ini.