Selepas susut lebih 6% dari paras tertinggi harian, $40,015.91 ke paras terendah, $37,598, Bitcoin (BTC) kembali bertahan di paras atas $38,000 dengan lonjakan lebih 2% dalam 24 jam.
Prestasi bitcoin yang positif pada pagi ini turut mendorong pasaran altcoins gah dengan rekod masing-masing:
- Ethereum (ETH): $2,588.71 (+2.83%)
- XRP: $0.774 (+2.38%)
- Terra (LUNA): $95.00 (+8.58%)
- Cardano (ADA): $0.8031 (+2.25%)
- Solana (SOL): $81.33 (+3.21%)
Berita baik
Peningkatan harga Bitcoin rupa-rupanya berpunca daripada keputusan undian Kesatuan Eropah (EU) terhadap sekatan mata wang kripto berasaskan mekanisme konsensus Proof of Work (PoW) semalam.
Difahamkan cadangan yang dimasukkan ke dalam rangka kerja Markets in Crypto Assets (MiCA) itu telah menerima undian sebanyak 31-4, menunjukkan majoriti bersetuju jika rang undang-undang dibentangkan tanpa menyekat aset kripto di bawah kategori PoW.
Sementara itu, kira-kira 23 negara tidak bertanding dalam undian tersebut.
Ini bermakna tiada had pantauan terhadap sektor perlombongan mata wang kripto PoW, sebaliknya mereka bersetuju untuk menyokong pertumbuhan industri kripto melalui penerbitan lesen yang sah dalam kalangan negara-negara EU.
Pun begitu, EU bersetuju jika pendekatan undang-undang yang akan dilaksanakan turut merangkumi manipulasi pasaran dan penggubahan wang haram, kewangan keganasan, dan beberapa aktiviti jenayah lain.
Paling penting, Suruhanjaya Eropah kini diberi tanggungjawab bagi membentangkan cadangan perundangan untuk disekalikan dalam taksonomi EU, melibatkan sebarang aktiviti kelestarian perlombongan kripto yang menyumbang kepada perubahan cuaca – seawal-awalnya 1 Januari 2025.
Rang undang-undang terbaharu itu kini dalam perundingan seluruh kerajaan EU selepas menerima undian sebanyak 33-25.
Seunit BTC didagangkan pada $39,541.52, meningkat lebih 4% dalam 24 jam.